Carian
Samsung Mefailkan Paten Telefon Pintar Boleh Melentur
March 13, 2015 Effi Saharudin

Apabila iPhone 6 Plus muncul di pasaran beberapa pengguna melaporkan peranti mereka mengalami masalah melengkung. Bendgate menjadi bahan ketawa pembenci Apple walaupun peratusan pengguna yang mengalami masalah ini adalah kecil. Dengan Samsung Galaxy S6, Samsung dengan berani menjamin peranti terkini mereka tidak akan melengkung dengan mudah. Tetapi di masa hadapan mungkin kemampuan peranti melentur akan menjadi keperluan. Samsung dilaporkan telah memfailkan paten untuk peranti dengan skrin dan tubuh boleh lentur. Di dalam paten tersebut jelas kelihatan peranti boleh melengkung ke atas dan ke bawah dengan mudah. Adalah dipercayai kemampuan boleh lentur ini wujud bagi memudahkan peranti dipasang pada lengan ataupun tubuh ketika pengguna bersenam. Selepas usai bersenam peranti boleh diratakan semula seperti biasa. Sebuah paten yang aneh dan menggunakan teknologi skrin lengkung milik mereka dengan inovatif. Mungkin ini akan menjadi rekaan untuk Samsung Galaxy Round Active atau sewaktu dengannya. Bercakap tentang Galaxy Round, sehingga sekarang ianya hanya dihasilkan untuk pasaran Korea Selatan.

samsung-flexible

Komen