YouTube Akan Menyokong Video 360 Darjah

YouTube Akan Menyokong Video 360 Darjah

Diterbitkan pada Mac 13, 2015 oleh .

Oculus Rift, Google Cardboard, HTC Vive dan Samsung Gear VR adalah empat gogal realiti maya yang menjadi bualan ramai. Selepas mencuba beberapa demo di MWC 2015 tempohari harus kami katakan teknologi maya 360 darjah ini sangat menakjubkan. Buat masa ini sokongan aplikasi dan penghasilan video mesra VR adalah masih rendah. Jadi berita sokongan video 360 darjah oleh YouTube hari ini sangat mengujakan kami. Dari laporan yang diterima anda boleh menonton video 360 darjah menerusi laman web dan juga aplikasi rasmi Youtube untuk Android. Untuk merubah arah pandangan anda hanya perlu mentatal skrin seperti bagaimana anda menggunakan Google Street View.

YouTube juga mengumumkan senarai kamera yang boleh digunakan untuk merakan video 360 darjah. Antara yang disokong ialah Ricoh Theta, Bublcam dan Giroptic 360. Sokongan dari YouTube adalah sangat penting kerana mereka adalah laman perkongsian video yang paling popular di dunia. Ada pembaca Amanz yang sudah berjinak-jinak dengan rakaman video 360 darjah? Jika ya apakah pendapat anda tentang teknologi video terkini ini?


TIPS & ULASAN