Carian
Asus ROG G501 Hadir Dengan NVIDIA GTX 960M Dan Skrin 15.6-inci Dengan Paparan 4K
March 13, 2015 Aman

Asus hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada keluarga komputer riba permainan mereka, dan hadir dengan Asus Republic of Gamers (ROG) G501 yang hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, termasuk dijana menggunakan kad grafik NVIDIA GTX 960M.

Asus ROG G501

NVIDIA GTX 960M merupakan kad grafik berkuasa yang disesuaikan untuk rekaan komputer riba nipis. Asus Republic of Gamers G501 ini turut menggunakan skrin bersaiz 15.6-inci dengan paparan 4K. Selain itu, ia turut dijana menggunakan Intel Core i7, memori 4GB GDDR4 RAM, dan ruangan storan 512GB.

Untuk sokongan port pula, Asus ROG G501 hadir dengan tiga port USB 3.0, dan juga sokongan Thunderbolt. Asus turut melengkapkan komputer riba berasaskan Windows 8.1 ini dengan beberapa teknologi mereka tersendiri, termasuk ASUS Hyper Cool Technology.

Bagi kategori komputer riba memfokuskan permainan, Asus ROG G501 ini boleh dikatakan agak nipis – hanya setebal 0.81-inci, dan membawakan berat sebanyak 2.05 kilogram.

Asus ROG G501 ini akan dijual di Amerika Syarikat bermula bulan April kelak pada harga $1999 (~RM7399). Asus Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan.

Komen