Digi Hadir Dengan Pas Penstriman Muzik Tanpa Had Untuk RM3 Sebulan – 90 Hari Percuma Sehingga 30 Jun

Digi Hadir Dengan Pas Penstriman Muzik Tanpa Had Untuk RM3 Sebulan – 90 Hari Percuma Sehingga 30 Jun

Diterbitkan pada Mac 14, 2015 oleh .

Digi telah memulakan tahun 2015 ini dengan pengenalan identiti syarikat yang baru, selain turut telah membuat perubahan pada tampuk pengurusan syarikat. Mereka sedia mengatakan akan lebih memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan internet, dan kini Digi telah pun memperkenalkan pas penstriman muzik tanpa had kepada para pelanggan mereka.

Digi Music Freedom

Dinamakan sebagai pas “Music Freedom”, ia membolehkan para pengguna strim seberapa banyak lagu yang diinginkan daripada beberapa perkhidmatan muzik popular tanpa memberikan kesan kepada penggunaan data biasa mereka.

Antara perkhidmatan penstriman dan juga radio internet yang disokong oleh Digi melalui “Music Freedom” ini adalah termasuk Spotify, Deezer, Rdio, KKBox, SoundHound, Hitz.fm, Era.fm, My.fm, BE-AT.TV dan juga Q.us.

Pengenalan pas muzik tanpa had ini sekaligus memudahkan para pelanggan Digi untuk menikmati muzik kegemaran mereka melalui perkhidmatan penstriman muzik dan radio tanpa perlu risau akan penggunaan data internet mereka.

Digi Music Freedom akan dikenakan yuran langganan sebanyak RM3 sebulan, tetapi bersempena dengan pengenalan dan pelancarannya, pihak Digi menawarkan ia secara percuma selama 90 hari – sehingga 30 Jun kelak.

Untuk mengaktifkan langganan Digi Music Freedom ini, pengguna perlu menggunakan sebuah aplikasi khusus yang ditawarkan kepada pengguna iOS dan juga Android. Menggunakannya, anda boleh mengaktifkan pas anda, dan mengakses aplikasi yang menyokongnya melaluinya.

Muat-Turun Digi Music Freedom untuk Android

Muat-Turun Digi Music Freedom untuk iOS

Layari : Digi Music Freedom


TIPS & ULASAN