Cari @ Amanz

Oppo pada tahun lepas telah hadir dengan Oppo R5 yang mana merupakan telefon pintar yang paling nipis daripada mereka, tetapi pada masa yang sama membawakan binaan yang kukuh. Kini, selang lebih kurang enam bulan selepasnya, Oppo kini dikatakan bakal hadir dengan telefon pintar terbaru dibawah keluarga “R”, iaitu Oppo R7.

Oppo R7 ini dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan MediaTek yang paling berkuasa di pasaran, iaitu MT6795 dengan rekaan berasaskan 64-bit, serta membawakan kuasa pemprosesan lapan-teras yang paling berkuasa daripada MediaTek di pasaran.

Oppo R7 ini dikatakan akan menjadi salah satu telefon pintar memfokuskan sokongan multimedia – dan mungkin kita dapat lihat Oppo sekali lagi hadir dengan rekaan yang nipis. Telefon ini juga dijangka akan menggunakan sensor 20.7-megapixel untuk kamera.

Tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi, dan ia dijangka akan diumumkan oleh Oppo dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd