Trend jam pintar sejak beberapa minggu kebelakangan ini ialah rekaan dengan tali yang diperbuat daripada logam. LG Watch Urbane dan Huawei Watch menunjukkan jam pintar masih boleh kelihatan bergaya seperti jam tangan konvensional. Sony tidak mahu ketinggalan dan mereka memperlihatkan Sony SmartWatch 3 Stainless Steel Edition. Spesifikasi masih lagi sama iaitu pemproses 1.2 GHz empat teras, RAM 512 MB dan memori dalaman 4 GB. Bateri juga masih 420 mAh dan ketahanan air dikekalkan IP 67.
Binaan yang lebih premium ini meningkatkan harga seutas jam tangan Android Wear ini dari harga sekitar RM1040 ke RM 1250. Sony Smartwatch 3 ialah jam tangan pintar yang kami sedari tidak mendapat perhatian dari pengguna kerana perhatian lebih diberikan kepada Moto 360. Mungkin dengan pengenalan edisi logam ini ia akan menerima sambutan yang lebih baik.