Blackberry Mengumumkan BlackBerry SecuTablet Memfokuskan Sekuriti – Berasaskan Rekaan Samsung Galaxy Tab S

Blackberry Mengumumkan BlackBerry SecuTablet Memfokuskan Sekuriti – Berasaskan Rekaan Samsung Galaxy Tab S

Diterbitkan pada Mac 15, 2015 oleh .

Tidak lama sebelum ini, BlackBerry telah hadir dengan BlackBerry Playbook yang menjadi salah satu tablet pertama daripada BlackBerry berasaskan BlackBerry OS. Kini, setelah sekian lama senyapkan diri daripada arena tablet, hari ini BlackBerry mengumumkan kerjasama dengan Samsung dan IBM dalam hadir dengan sebuah tablet baru.

Tablet baru ini dinamakan sebagai BlackBerry SecuTablet, dan ia berasaskan kepada Samsung Galaxy Tab S 10.5. Tablet ini juga mengintegrasikan teknologi penyulitan Secusmart yang mengelakkan daripada data yang dihantar dan diterima diakses pihak lain.

Tablet SecuTablet ini juga mengintegrasikan teknologi IBM dalam usaha membuat aplikasi data untuk kegunaan pejabat dan peribadi diasingkan dan tidak disatukan. Tablet ini mungkin menggunakan Android, memandangkan pihak BlackBerry mengatakan semua pengguna yang menggunakan tablet Android tidak akan mempunyai masalah untuk menggunakan tablet berkenaan.

BlackBerry SecuTablet ini akan dijual pada harga $2380 (~RM8838) dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN