Carian
Avira Hadir Dengan Aplikasi Android Optimizer – Ingin Mengoptimasikan Peranti Android Anda
March 15, 2015 Aman

Pada kebanyakkan telefon pintar dari China, mereka sedia menyertakan sokongan pengoptimasian terbina yang membolehkan pengguna membuang fail-fail yang tidak dikehendaki – terutamanya cache, sekaligus menjadikan telefon pintar anda pantas dan mengosongkan ruangan storan pada peranti.

Bagi telefon pintar atau tablet yang tidak mempunyainya, sejumlah aplikasi lain sedia terdapat di pasaran hari ini, dan terkini, pengeluar perisian antivirus popular, Avira turut hadir dengan aplikasi mereka tersendiri dinamakan sebagai Avira Android Optimizer.

Avira Android Optimizer

Menggunakan Avira Android Optimizer ini, pengguna boleh membuang fail-fail yang tidak digunakan seperti cache, mengoptimasikan penggunaan memori, dan menguruskan aplikasi dengan mudah. Avira turut menyertakan butang pantas dinamakan sebagai One Tap Boost untuk membuat beberapa tugasan secara automatik dan mengoptimasikan dan mengosongkan storan peranti pengguna.

Secara kasar, jika anda menggunakan peranti seperti Xiaomi, Huawei, Honor, ZTE, malah Samsung Galaxy S6, mungkin aplikasi ini tidak berguna kepada anda memandangkan fungsi seumpamanya hadir terbina. Bagi anda yang menggunakan peranti lain, dan ingin mencuba aplikasi yang mengoptimasikan memori dan penggunaan ruangan storan, mungkin anda boleh mencuba Android Optimizer daripada Avira ini.

Komen