HTC Hadir Dengan Aplikasi Memfokuskan Kecergasan Kasual Dinamakan Fun Fit
HTC

HTC Hadir Dengan Aplikasi Memfokuskan Kecergasan Kasual Dinamakan Fun Fit

Diterbitkan pada Mac 16, 2015 oleh .

HTC pada peranti HTC One M9 telah menyertakan aplikasi Fun Fit secara terbina, dan nampaknya, aplikasi berkenaan turut ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia secara percuma. Aplikasi tersebut kini telah pun diterbitkan di Play Store, dan menyokong sejumlah besar peranti berasaskan Android – dan tidak terhad untuk peranti HTC sahaja.

Aplikasi Fun Fit ini diterbitkan oleh bahagian HTC Research, dan ia dilihat lebih kepada aplikasi kecergasan berbentuk sosial.

Menggunakan aplikasi berkenaan, ia menggunakan beberapa sensor pada telefon pintar anda dalam mengesan gerakan dan langkah yang telah dilalui. Data yang dikumpulkan mungkin tidak begitu tepat – tetapi akan memberikan gambaran secara kasar mengenai gerakan anda pada sesuatu hari.

Fun Fit

Fun Fit

Aplikasi ini menggunakan kaedah log masuk menggunakan Facebook, sekaligus turut membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan Facebook anda yang lain dari segi jarak dan langkah perjalanan pada sesuatu hari. Aplikasi Fun Fit ini juga turut membolehkan anda melihat dan memantau data berkaitan anggaran kalori yang dibakar pada sesuatu hari berdasarkan jarak perjalanan dan langkah perjalanan pada sesuatu hari.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh menyemak sama ada Fun Fit menyokong peranti anda atau sebaliknya dan seterusnya memuat-turun ia secara percuma daripada Play Store hari ini.

Muat-Turun FunFit untuk Android


TIPS & ULASAN