TaxTrek – Aplikasi Untuk Memantau Perbelanjaan Dan Mengetahui Rebat Cukai Pendapatan

TaxTrek – Aplikasi Untuk Memantau Perbelanjaan Dan Mengetahui Rebat Cukai Pendapatan

Diterbitkan pada Mac 16, 2015 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan pengguna memantau perbelanjaan pada hari ini untuk para pengguna seluruh dunia. Kini, hadir dalam kategori sama adalah TaxTrek daripada salah seorang pembangun tempatan – tetapi pada masa yang sama ia turut mengintegrasikan beberapa sokongan tambahan – terutamanya berkaitan dengan cukai pendapatan.

TaxTrek membolehkan pengguna menambah perbelanjaan mereka dengan mudah mengikut kategori, selain turut membolehkan anda mengimbas atau merakamkan gambar resit untuk disimpan bagi tujuan rujukan. Pengguna juga turut boleh memantau perbelanjaan bulanan anda dan menguruskan perbelanjaan dengan efektif menggunakan aplikasi ini.

TaxTrek

Disamping itu, menjadi salah satu fokus utama pada aplikasi ini adalah berkaitan dengan cukai pendapatan. Dengan menambah perbelanjaan harian, anda juga turut boleh memantau apakah kategori yang membolehkan anda mendapat rebat cukai atau pelepasan cukai – sebagai contoh untuk pendidikan, perubatan dan sebagainya.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna iPhone, dan dengan musim menghantar borang nyata cukai pendapatan yang akan berakhir sebelum 30 April kelak, mungkin aplikasi ini akan serba-sebanyak membantu anda.

Muat-Turun TaxTrek untuk iPhone


TIPS & ULASAN