Meizu M1 Note Akan Dijual Di Malaysia Pada Minggu Ini Pada Harga RM699

Meizu M1 Note Akan Dijual Di Malaysia Pada Minggu Ini Pada Harga RM699

Diterbitkan pada Mac 16, 2015 oleh .

Blue Kor, pengedar rasmi Meizu di Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan membuka jualan Meizu M1 Note di Malaysia pada minggu ini. Di Malaysia, Meizu M1 Note akan dijual pada harga RM699 bagi versi 16 GB.

Meizu M1 Note

Meizu M1 Note SIM

Meizu M1 Note merupakan peranti berspesifikasi pertengahan daripada Meizu dan hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci. Meizu M1 Note dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek MTK6752 64-bit lapan-teras, memori sebanyak 2GB RAM, dan hadir dengan variasi storan 16Gb serta 32GB.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini menggunakan kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel untuk selfie, serta turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM. Telefon pintar ini juga turut hadir dengan sokongan rangkaian LTE bersama-sama dengannya.

Di Malaysia, ia akan dijual pada harga RM699 untuk versi 16GB.

Meizu M1 Note

Meizu M1 Note


TIPS & ULASAN