WonderCube : Pengecas, Memori Tambahan, Kabel Dan Lampu Dalam Satu

WonderCube : Pengecas, Memori Tambahan, Kabel Dan Lampu Dalam Satu

Diterbitkan pada Mac 16, 2015 oleh .

Wondecube-1

WonderCube ialah sebuah kiub sebesar 1 inci padu yang memuatkan lima benda dalam satu. Ianya kabel pengecas USB, tetongkat peranti, lampu LED mini, pembaca kad MikroSD dan pengecas menggunakan bateri 9V. Apabila tidak digunakan ia dengan mudah dibawa sebagai buah kunci. Kami rasakan fungsi menggunakan bateri 9V standard sebagai pengecas kecemasan ialah fungsi yang paling menarik WonderCube. Saiz yang kompak juga memudahkan ia dibawa keamana-mana sahaja anda pergi jika dibandingkan dengan kabel biasa. Terdapat dua versi dihasilkan iaitu versi MikroUSB dan kabel Lightning. Harga jualan bermula dari $49 sebuah. Ini mengingatkan kami kepada pengecas Plan V yang pernah kami paparkan sebelum ini.

wondercube-2


TIPS & ULASAN