(Ura-Ura) Xiaomi Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar Dan Mi Band 2

(Ura-Ura) Xiaomi Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar Dan Mi Band 2

Diterbitkan pada Mac 16, 2015 oleh .

Xiaomi telah hadir dengan sejumlah produk meliputi telefon pintar, tablet, kamera aksi, gelang tangan pintar, penghala dan beberapa peralatan rumah. Kini, syarikat teknologi dari China berkenaan diura-ura akan hadir dengan jam tangan pintar mereka tersendiri.

Mengikut desas-desus awal, jam tangan Xiaomi dijangka membawakan rekaan berasaskan logam dengan skrin bulat. Beberapa sensor dijangka akan disertakan pada jam tangan pintar berkenaan. Namun, bilakah jam tangan pintar Xiaomi ini bakal dilancarkan masih tidak diketahui lagi.

Arena jam tangan pintar agak mendapat perhatian ramai pengeluar sejak setahun dua ini. Samsung sedia menawarkan beberapa jam tangan pintar dibawah keluarga Gear, sementara rakan senegara mereka, Huawei baru-baru ini telah melancarkan jam tangan pintar tersendiri dinamakan Huawei Watch. Apple juga telah melancarkan Apple Watch pada minggu lepas dan akan mula dijual bermula bulan April.

Xiaomi sebelum ini telah memperkenalkan Mi Band yang merupakan gelang tangan pintar dan peranti boleh-pakai daripada mereka. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM59. Mengikut laporan sama, Xiaomi turut dikatakan sedang membangunkan Mi Band 2 selain daripada jam tangan pintar mereka.


TIPS & ULASAN