SR1M – Sim Kad Rakyat 1Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi

SR1M – Sim Kad Rakyat 1Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mac 16, 2015 oleh .

SR1M atau nama panjangnya, Sim Kad Rakyat 1Malaysia bukan sesuatu yang baru, tetapi telah mula beroperasi untuk suatu tempoh yang agak lama. Namun, ia dilihat tidak dilancarkan secara rasmi, dan upacara perasmian perkhidmatan tersebut telah dilakukan hari ini di Putrajaya.

SR1M

SR1M ini dilihat menyasarkan mereka yang berpendapatan rendah, sederhana dan juga golongan pelajar. Mereka menawarkan pek sim permulaan pada kadar serendah RM5.90, dan SR1M diusahakan oleh Optic Tech Sdn Bhd yang menggunakan rangkaian U Mobile untuk beroperasi.

SR1MMenurut pihak SR1M, melalui pakej permulaan RM5.90 tersebut, pengguna akan mendapat kredit bernilai Rm5 secara percuma, selain turut disertakan dengan akses internet sebanyak 150MB.

Caj yang dikenakan oleh SR1M untuk panggilan adalah sebanyak 16 sen seminit, 8 sen satu SMS, dan penggunaan data dikira sebanyak 5 sen satu MB.

Melalui laman Facebook pihak SR1M, mereka dilihat turut menawarkan pelan data bermula RM17 untuk 1GB, RM27 untuk 1.5GB, dan RM47 untuk 3GB. Mereka menyatakan harga tersebut hanya selepas langganan kedua sahaja – yang mana kami masih belum menemui jawapan berkaitan dengannya. Memandangkan ia berasaskan kepada Clixster Mobile, maka berkemungkinan langganan pertama akan menawarkan kuota data yang sedikit, dan penawaran data yang diiklankan ini hanya beroperasi bermula langganan yang kedua sahaja. Pihak SR1M turut menekankan yang mana talian ini mempunyai caj PPU, maka pengguna dinasihatkan untuk melanggan pakej data mereka untuk mengelakkan caj berkenaan.

SR1M ini dikatakan inisiatif syarikat swasta sepenuhnya tanpa sebarang insentif daripada pihak kerajaan. Buat masa ini, SR1M hanya ditawarkan dalam bentuk prabayar sahaja, tetapi ia dikatakan akan turut ditawarkan dalam pilihan pascabayar tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN