Gambar Awal Xperia Z4 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Lebih Kurang Sama Seperti Xperia Z3

Gambar Awal Xperia Z4 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Lebih Kurang Sama Seperti Xperia Z3

Diterbitkan pada Mac 17, 2015 oleh .

Sony pada tahun lepas telah memperkenalkan telefon pintar baru setiap enam bulan, tetapi pada tahun ini mereka menghentikan proses sedemikian, dan dilihat memfokuskan kepada hanya Xperia Z4 sahaja. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diumumkan oleh Sony untuk pengenalannya, tetapi sejumlah info telah pun mula tertiris ke arena web.

Terkini, sebuah gambar hadir daripada @OnLeaks, memperlihatkan sebahagian daripada peranti yang dikatakan sebagai Xperia Z4.

Sony Xperia Z4

Secara kasar, ia kelihatan lebih kurang sama seperti Xperia Z3 sebelum ini, tetapi membawakan beberapa perubahan – termasuk kedudukan kamera hadapan, dan bahagian tepi untuk kedudukan ruangan kad-Sd. Selain daripadanya, ia masih mengekalkan rekaan Omnibalance yang ditekankan oleh Sony, dan mungkin kita akan masih dapat melihat peranti yang kalis air daripada mereka.

Jadi, daripada gambar awal yang tertiris ini, apa kata anda berkenaan dengan Xperia Z4?


TIPS & ULASAN