Samsung Strim Kelahiran Bayi Kepada Bapa Menggunakan Teknologi Realiti-Maya

Samsung Strim Kelahiran Bayi Kepada Bapa Menggunakan Teknologi Realiti-Maya

Diterbitkan pada Mac 17, 2015 oleh .

Samsung telah memperkenalkan Gear VR pada tahun lepas, dan pada tahun ini, dengan pengumuman Galaxy S6, pihak Samsung turut telah memperkenalkan Gear VR 2. Walaubagaimanapun, Samsung masih tidak memasarkan ia secara meluas memandangkan kandungan untuknya masih terhad – tetapi perkara ini tidak mengelakkan mereka untuk hadir dengan beberapa iklan promosi menarik.

Terkini, Samsung berkongsi kisah menarik, memperlihatkan penggunaan Gear VR dalam strim kelahiran bayi terus kepada seorang bapa yang bertugas di luar kawasan.

Untuk menjayakannya, selain menggunakan Gear VR, Samsung juga turut memasang kamera khusus pada bilik bersalin si isteri dalam merakamkan detik tersebut dan menyiarkan secara langsung kepada si bapa.

Secara kasar, ia boleh dikatakan apa yang diperlihatkan Samsung untuk Gear VR ini tidak memberikan gambaran realiti-maya yang sepenuhnya memandangkan si bapa tidak bergerak dan menggunakan keadaan bilik 360-darjah seperti ditawarkan oleh beberapa teknologi realiti-maya; sebaliknya apa yang diperlihatkan adalah lebih berbentuk webcam yang dinaik-taraf.

Apa pun, boleh dikatakan ini merupakan salah satu bentuk menarik Samsung perlihatkan dalam penggunaan teknologi realiti-maya yang mendekatkan orang tersayang walaupun berjauhan beribu batu.


TIPS & ULASAN