Sistem Penyejukan Cecair Untuk Peranti Mudah Alih Dihasilkan Oleh Fujitsu

Sistem Penyejukan Cecair Untuk Peranti Mudah Alih Dihasilkan Oleh Fujitsu

Diterbitkan pada Mac 17, 2015 oleh .

Sistem penyejukan menggunakan cecair ialah sistem penyejukan paling elit yang boleh anda gunakan pada komputer desktop anda. Ia memastikan cip pemproses mempunyai suhu operasi yang lebih rendah sekaligus membolehkan anda melakukan overclocking yang lebih tinggi.  Kekurangan sistem ini ialah ianya lebih mahal dan pada yang sama mempunyai saiz yang besar. Tetapi percaya atau tidak sistem penyejukan air kini wujud untuk peranti mudah alih. Ianya dicipta oleh Fujitsu dan hanya mempunyai ketebalan 1 milimeter. Tiada pam air diperlukan dan cecair penyejuk bergerak di dalam sistem paip tertutup ini menggunakan arus perolakan.

Sistem penyejukan peranti mudah alih sekarang menggunakan sinki haba logam ataupun grafit. Penggunaan sinki haba tidak lagi memandai sekarang kerana pemproses yang semakin berkuasa dan mengeluarkan haba yang lebih besar. Penyejukan berasaskan cecair Fujitsu mampu menyejukkan peranti lima kali lebih baik berbanding sistem sekarang. Ini bermakna di masa hadapan masalah pemanasan panel belakang tablet dan peranti pintar akan dapat diselesaikan.Fujitsu masih lagi memperhalusi sistem ciptaan mereka ini dan hanya akan mula menggunakan penyejukan berasaskan cecair ini pada tahun 2017.

Fujitsu-Water-Coooling


TIPS & ULASAN