Cari @ Amanz

Telefon pintar iPhone 6 telah memasuki pasaran pada bulan November tahun lepas. Meskipun beberapa bulan telah berlalu, U Mobile pada hari ini telah menawarkan pelan prabayar khusus untuk iPhone 6 dan ini merupakan kali pertama mereka hadir dengan tawaran khusus untuk telefon pintar tersebut termasuklah variasi iPhone 6 Plus, iPhone 5S dan iPhone 5C.

Secara kasarnya pelan ini tidak mengikat pelanggan dengan sebarang kontrak namun jumlah minima prabayar diperlukan untuk memastikan talian prabayar pelanggan kekal aktif pada setiap bulan. Pelanggan perlu membayar harga telefon pintar, bayaran pendahuluan dan juga kredit tambah nilai pertama kali sebanyak RM150. Bergantung kepada pelan yang dipilih, bayaran pendahuluan akan dipulangkan semula menerusi diskaun rebat setiap bulan kepada pengguna.

U Mobile iPhone -IMG_9252

Terdapat empat variasi pelan prabayar untuk peranti iPhone dan pelanggan tidak terikat dengan kontrak pelan ini. Komitmen pelan prabayar terendah bermula dari RM 40 sebulan, dengan diskaun rebat RM10 dimana pelanggan prabayar U Mobile perlu mempunyai kredit sebanyak RM 30 setiap bulan untuk memastikan pelan mereka aktif. Namun pada pelan serendah ini, kuota data yang tersedia adalah sebanyak 1.5GB dan 40 minit panggilan percuma ke semua rangkaian diberikan secara percuma termasuklah 20 SMS.

Bagi variasi tertinggi untuk pelan prabayar peranti iPhone U Mobile, ia memerlukan pelanggan membayar komitmen RM 130 dengan diskaun rebat RM40 dimana pelanggan prabayar U Mobile perlu mempunyai kredit sebanyak RM 90 setiap bulan untuk memastikan pelan mereka boleh terus digunakan. Untuk pelan sebegini, tiada had untuk kuota data yang diberikan dan 130 minit panggilan percuma ke semua rangkaian diberikan secara percuma termasuklah 65 SMS.

Oleh kerana baru-baru ini harga peranti iPhone 6 telah meningkat naik, U Mobile turut menawarkan promosi untuk membeli peranti mereka pada harga terdahulu dan promosi terhad ini akan tamat pada 31 Mac 2015, atau apabila ketiadaan stok iPhone 6, iPhone 6 Plus dan iPhone 5S mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd