U Mobile Mengumumkan U MicroCredit – Menawarkan iPhone Pada Harga Ansuran Serendah RM98 Sebulan

U Mobile Mengumumkan U MicroCredit – Menawarkan iPhone Pada Harga Ansuran Serendah RM98 Sebulan

Diterbitkan pada Mac 17, 2015 oleh .

Kebiasaannya apabila membeli pelan khusus iPhone, pengguna perlu membayar harga telefon yang telah disubsidikan dan penjimatan tersebut diberikan semula menerusi rebat bulanan. Dalam membawakan kelainan pada perkhidmatan mereka, U Mobile pada hari ini telah mengumumkan skim pembayaran ansuran untuk peranti mereka dan salah satu peranti yang ditawarkan untuk skim ini adalah iPhone. Dengan skim ansuran ini, pelanggan tidak perlu membayar harga peranti apabila memilih pelan khusus iPhone dari U Mobile sama ada pelan pascabayar atau pelan prabayar.

Bagi mendapatkan skim pembayaran ansuran ini, pelanggan perlu memohon sama ada melalui permohonan atas talian atau permohonan di cawangan U Mobile yang terpilih. Pengesahan akan diberikan dalam tempoh dua jam dan pelanggan kemudiannya boleh memilih tempoh pembayaran balik dan mengikut kadar faedah yang akan ditetapkan oleh U Mobile dengan kerjasama Berjaya Credit, bergantung kepada status kredit pemohon. Seperti contoh, telefon iPhone 6 boleh dimiliki pada harga RM 98 sebulan dengan bayaran ansuran selama 33 bulan pada kadar faedah sebanyak 0.86%, atau RM 106 sebulan dengan bayaran ansuran selama 33 bulan pada kadar faedah sebanyak 1.20%. Terdapat empat pilihan tempoh bayaran ansuran iaitu selama 12 bulan, 24 bulan, 30 bulan dan 33 bulan.

U Mobile iPhone -IMG_9256

Dengan pilihan sebegini, sekiranya prosedur biasa memerlukan pelanggan untuk membayar harga yang tinggi apabila ingin memiliki peranti iPhone, kini pelanggan hanya perlu memilih pelan ansuran yang bersesuaian, apabila permohonan disahkan dari U Mobile. Terdapat harga RM90 akan caj pengurusan disertakan pada bulan pertama. Dengan penawaran ini, ia semestinya menjadikan penawaran pelan prabayar iPhone dari U Mobile tampak lebih menarik dan mampu dimiliki oleh orang ramai.

Layari: Skim Ansuran U MicroCredit


TIPS & ULASAN