U Mobile Turut Menawarkan Pelan Pascabayar Khusus Untuk iPhone

U Mobile Turut Menawarkan Pelan Pascabayar Khusus Untuk iPhone

Diterbitkan pada Mac 17, 2015 oleh .

Selain dari pengumuman pelan prabayar U Mobile untuk peranti iPhone dan juga skim U MicroCredit, pihak U Mobile turut mengumumkan pelan pascabayar khusus untuk iPhone. Sepertimana apa yang dikongsikan dari U MobileĀ beberapa bulan lalu, mereka ingin membawakan pelan yang hampir serupa untuk pelanggan pascabayar dan prabayar, dan tidak banyak perbezaannya pada tawaran mereka.

Apa yang membezakannya adalah pelanggan pascabayar pelan khusus untuk iPhone dari U Mobile hanya perlu membayar harga iPhone yang telah disubsidikan dan tiada bayaran pendahuluan diperlukan. Selain dari itu, bagi pengguna pascabayar mereka boleh berkongsi data internet, panggilan dan SMS dengan beberapa SIM. Dengan pelan sebegini, pengguna boleh memiliki sehingga 3 kad SIM dan digunakan pada peranti lain seperti pada tablet ataupun jam tangan yang mempunyai slot kad SIM.

U Mobile iPhone -IMG_9241

Bagi mendapatkannya, pengguna perlu membeli telefon pintar menggunakan kad kredit serta menggunakan perkhidmatan auto debit untuk bayaran bulanan. Sekiranya pelanggan tidak mempunyai kemudahan kad kredit serta perkhidmatan auto debit, bayaran pendahuluan diperlukan untuk melanggan pelan pascabayar ini. Pada pelan langganan termurah RM40 sebulan, pelanggan boleh memiliki iPhone 6 16GB pada harga RM 2,070 dan iPhone 6 Plus 16GB pada harga RM 2,430.

Selain dari itu, U Mobile turut menyediakan perkhidmatan untuk menukar beli telefon bimbit lama untuk iPhone baru ini dan tersedia di semua kedai U Mobile kecuali cawangan Tropicana City Mall. Maklumat lanjut akan dikemaskini di laman rasmi U Mobile tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN