Gambar Hadapan Dan Belakang Xperia Z4 Tertiris – Ruangan Pengecasan Mikro-USB Tidak Lagi Berpenutup

Gambar Hadapan Dan Belakang Xperia Z4 Tertiris – Ruangan Pengecasan Mikro-USB Tidak Lagi Berpenutup

Diterbitkan pada Mac 17, 2015 oleh .

Pada awal pagi hari ini, kita dapat melihat sebahagian gambar Xperia Z4 tertiris ke arena web daripada OnLeaks. Lanjutan daripadanya, mereka turut telah mengeluarkan gambar penuh untuk peranti akan datang daripada Sony tersebut, memperlihatkan rekaan hadapan dan juga belakang untuk Xperia Z4.

Xperia Z4 boleh dikatakan masih mengekalkan sejumlah elemen yang dibawakan oleh Xperia Z3 – disamping menggunakan rekaan Omnibalance yang popular pada peranti Xperia.

Sony Xperia Z4 Tertiris

Sony Xperia Z4 Tertiris

Salah satu perkara yang diperlihatkan pada gambaran Xperia Z4 ini adalah ia tidak lagi menyertakan sokongan dock untuk pengecasan, dan pada masa yang sama, port pengecasan pada peranti ini tidak lagi berpenutup seperti pada telefon Xperia Z sebelum ini.

Menurut sumber gambar berkenaan, gambar yang hadir ini masih belum versi akhir lagi, dan mungkin terdapat beberapa perubahan sebelum ia sedia untuk dilancarkan kelak.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diumumkan berkenaan pelancaran peranti Xperia Z4 ini.

Sony Xperia Z4 Tertiris

Sony Xperia Z4 Tertiris


TIPS & ULASAN