Cari @ Amanz

Xiaomi telah sekian lama menawarkan MiPhone Manager kepada para pengguna peranti Xiaomi, tetapi ia hanya hadir dalam bahasa Cina sahaja. Hari ini, perkara tersebut berubah apabila pihak Xiaomi secara rasminya mula menawarkan MiPhone Manager dalam pilihan bahasa Inggeris.

Menggunakan MiPhone Manager, para pengguna boleh menguruskan peranti mereka dengan lebih efektif menggunakan PC. Pengguna boleh menguruskan pelbagai aplikasi yang terpasang pada telefon atau tablet mereka, disamping mengakses dan menguruskan lagu-lagu yang terdapat pada peranti mereka tersebut. Perisian ini juga turut memudahkan anda membuat salinan pendua untuk data pada peranti dengan mudah .

MiPhone Manager

MiPhone Manager

MiPhone Manager

Selain daripada itu, menariknya anda juga turut boleh membalas SMS menggunakan MiPhone Manager ketika ia berhubung dengan telefon anda, selain mengaktifkan tetingkap khusus untuk memaparkan telefon anda terus pada skrin komputer.

Ia boleh dikatakan MiPhone Manager ini mungkin tidak diperlukan oleh semua orang, tetapi sekiranya anda menghabiskan sejumlah masa menggunakan desktop atau laptop anda, mungkin ini boleh membantu anda dalam menguruskan dan mengakses peranti dengan lebih efisyen lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun perisian MiPhone Manager ini daripada MIUI Forum – dan anda akan dikehendaki log masuk menggunakan akaun MIUI sebelum dapat memuat-turunnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd