Google Mula Mengesahkan Terbitan Aplikasi Pada Play Store Secara Manual – Menambah Rating Umur

Google Mula Mengesahkan Terbitan Aplikasi Pada Play Store Secara Manual – Menambah Rating Umur

Diterbitkan pada Mac 17, 2015 oleh .

Google hari ini secara rasminya mengumumkan mereka telah mula mengesahkan terbitan aplikasi pada Google Play Store secara manual, dan bukannya secara automatik menggunakan mesin seperti sebelum ini. Perubahan ini sekaligus dijangka akan menambah-baik kualiti aplikasi yang diterbitkan dan ditawarkan kepada pengguna.

Google sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada pengesahan automatik – yang mana membawa kepada beberapa masalah, terutamanya aplikasi yang tidak mengikut piawaian, selain aplikasi yang menyertakan malware dan sebagainya turut disahkan dan diterbitkan pada Play Store. Ini juga telah menjadi salah satu kritikan ramai terhadap cara pengurusan Play Store jikalau dibandingkan dengan Apple App Store.

Pada masa yang sama, Google turut menekankan mengenai masa yang diambil adalah tidak jauh beza dengan pengesahan automatik, dan para pembangun tidak perlu menantikan berhari-hari seperti beberapa perkhidmatan lain.

Google Play Store Rating

Google juga turut memperkenalkan satu lagi fungsi baru pada Play Store – iaitu memaparkan rating umur pada aplikasi, sekaligus memaparkan sama ada ia selari dengan pengguna kanak-kanak, ataupun hanya ditujukan kepada segelintir umur sahaja.

Pengenalan rating berasaskan umur ini akan diimplementasikan sepenuhnya bermula bulan Mei kelak, dan selepas itu semua aplikasi akan diwajibkan untuk menambah keserasian umur untuk menggunakan aplikasi mereka.


TIPS & ULASAN