Cari @ Amanz

Microsoft telah mula berkongsi sedikit demi sedikit berkaitan dengan Windows 10 sejak sebulan dua yang lepas, dan hari ini mereka mengumumkan Windows 10 bakal dilancarkan pada pertengahan kedua 2015 ini – sekitar bulan Jun ke Ogos, dan ditawarkan serentak di lebih 190 buah negara, dalam lebih 111 pilihan bahasa.

Seperti semua sedia maklum, Windows 10 akan ditawarkan dalam bentuk kemaskini percuma kepada pengguna Windows 7, dan Windows 8 sedia ada – selain turut ditawarkan untuk pelbagai jenis saiz skrin, dari telefon sehingga ke televisyen.

Berkongsi lanjut mengenainya, Microsoft mengumumkan kerjasama dengan beberapa syarikat di China, termasuk mengatakan beberapa pengguna di komuniti Xiaomi akan terpilih untuk mencuba Windows 10 Technical Preview terlebih dahulu sebelum yang lain. Microsoft turut mengatakan Cortana akan ditawarkan dalam sokongan bahasa Mandarin, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut mengenai sokongan Cortana untuk pengguna di negara-negara lain termasuk di Malaysia.

Pada perkongsian sama, Microsoft turut menekankan Windows 10 juga turut boleh digunakan pada sejumlah peranti berhubung, dan ia akan ditawarkan secara percuma ketika pelancaran sistem operasi baru Microsoft ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd