Kemas Kini Windows 10 Percuma Walaupun Anda Pengguna Versi Cetak Rompak

Kemas Kini Windows 10 Percuma Walaupun Anda Pengguna Versi Cetak Rompak

Diterbitkan pada Mac 18, 2015 oleh .

WP-PiratedBerita baik kepada pembajak sistem operasi Windows seluruh dunia. Microsoft tidak akan menghukum anda sekiranya anda pengguna sistem operasi mereka secara cetak rompak. Pengguna Windows 8.1 dan 7 akan dapat melakukan kemas kini secara percuma apabila Windows 10 dijangka memasuki pasaran musim panas akan datang.

Apakah logik di sebalik tindakan Microsoft ini? Pertama sekali ia mengurangkan fragmentasi di kalangan pengguna. Strategi ini sama seperti strategi sistem operasi peranti pintar yang memberikan kemas kini terbaru tanpa sebarang bayaran. Dengan penggunaan satu sistem operasi secara menyeluruh ianya juga menjimatkan kerja yang perlu dilakukan oleh Microsoft untuk memperbaiki kerentanan pada sistem operasi pelbagai versi.  Ianya juga berharap dapat memastikan pengguna di sektor korporat untuk dapat mengemaskini kesemua komputer Windows mereka kepada versi lebih selamat tanpa perlu memikirkan kos.

Kemaskini : Microsoft mengatakan walaupun pengguna versi cetak-rompak boleh menaik-tarafnya, tetapi ia tidak akan mengubah status sistem operasi mereka kepada “sah”. Perkara ini sekaligus akan membuatkan kekangan dilakukan – sebagai contoh menjadikan skrin menjadi gelap setiap sejam, dan mungkin tidak akan menerima kemaskini sekuriti semasa.


TIPS & ULASAN