Carian
Digi SmartPlan Dikemaskini – Memberikan Pilihan Sama Ada Penggunaan Data Tinggi Atau Panggilan Banyak
March 19, 2015 Aman

Celcom telah mengemaskini penawaran pelan pascabayar mereka beberapa bulan yang lepas dengan penawaran “Optimiser”. Menggunakannya, ia secara automatik mengoptimasikan pelan pascabayar anda, sama ada untuk menggunakan data yang tinggi ataupun panggilan suara yang banyak. Kini, Digi turut hadir dengan penawaran yang lebih kurang sama – tetapi dengan membuat tetapan pilihan ketika mendaftar pelan berkenaan.

Digi masih mengekalkan caj bulanan dalam pilihan RM50, RM78, RM108 dan RM148 – seperti biasa, RM50 memberikan penawaran akses asas, sementara RM148 menawarkan akses yang tinggi dan ditujukan kepada pengguna yang banyak membuat panggilan atau menggunakan data.

Digi Smart Plan

Melalui pelan paling asas, Digi menawarkan pilihan sama ada akses kepada 2GB data dengan 100 minit panggilan pada kadar langganan bulanan RM50, ataupun pilihan 250MB data dengan 400 minit panggilan. Penawaran Digi bertambah mengikut harga, dan pada harga langganan RM148 pengguna diberikan pilihan data pada kadar 6GB sebulan dengan 400 minit panggilan, ataupun 3GB data dengan panggilan tanpa had.

Disamping itu, beberapa pelan terpilih turut hadir dengan beberapa sokongan tambahan, termasuk penggunaan WhatsApp tanpa had dan Facebook tanpa had.

Ia tidak diketahui lagi berkenaan pandangan ramai terhadap pelan data ini. Bagi anda yang menggunakan panggilan suara yang banyak, mungkin boleh mendapatkan pelan bermula harga RM108 memandangkan ia menawarkan panggilan dalam negara tanpa had melaluinya. Tetapi jika anda lebih menggunakan data, kami masih merasakan penawaran Digi ini agak mahal. Apa kata anda mengenai penawaran baru Digi ini?

Komen