Maxis Mula Memberikan Petanda Akan Menawarkan Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge

Maxis Mula Memberikan Petanda Akan Menawarkan Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge

Diterbitkan pada Mac 19, 2015 oleh .

Maxis nampaknya telah mengemaskini halaman web utama mereka, dan kini sebuah imej baru ditambah dengan hashtag “Next Is Now”. Seperti semua sedia maklum, ia merupakan slogan yang digunakan oleh Samsung ketika pengenalan Galaxy S6, sekaligus memberikan petanda Maxis bakal menawarkannya kepada pelanggan mereka.

Maxis juga turut menggunakan gambar Galaxy S6 Edge, memberikan petanda mereka akan menawarkan kedua-dua variasi Galaxy S6 bersama-sama dengan pakej telekomunikasi khusus daripada mereka.

Maxis Next Is Now

Galaxy S6 hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, rekaan berasaskan kaca, bingkai berasaskan logam serta menyertakan TouchWiz terkini yang lebih ringan dan berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop.

Tarikh pengenalan rasmi Galaxy S6 di Malaysia masih tidak diketahui lagi, tetapi beberapa desas-desus mula kedengaran di telinga kami mengatakan ia berkemungkinan sekitar pertengahan April kelak.


TIPS & ULASAN