Tomy PlayWatch : Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak

Tomy PlayWatch : Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Mac 19, 2015 oleh .

PlayWatch-1Pasaran jam pintar dijangka akan meletus bulan April ini apabila Apple Watch mula dijual di pasaran. Seperti biasa apabila peranti popular keluar, kanak-kanak juga mahukan apa yang digunakan oleh orang dewasa. Tetapi umum diketahui memberikan peranti mahal kepada kanak-kanak ialah seperti memberikan bunga kepada kera. Kebarangkalian ianya rosak pada kadar segera adalah tinggi. Oleh sebab itulah versi kanak-kanak untuk setiap peranti dewasa adalah perlu.

Tomy PlayWatch ialah jam pintar yang direka khas untuk kanak-kanak. Ia mempunyai kamera yang mampu mengambil gambar dan video. Terdapat juga pilihan 50 muka jam terbina serta aplikasi permainan. Perbezaan di antara PlayWatch dan jam tangan pintar dewasa ialah ia tidak menyokong tambatan kepada peranti dan tiada notifikasi. Fungsi-fungsi sedia ada sudah memandai bagi kanak-kanak yang masih belum akil baligh. Terdapat empat pilihan warna dan harga jualan bermula sekitar RM 270 seutas.

playwatch-2

 


TIPS & ULASAN