Cari @ Amanz

RAzer-Turret-1

Bermain permainan komputer adalah lebih seronok menggunakan tetikus dan papan kekunci. Tetapi sekiranya anda seperti kami gemar menggunakan PC yang disambungkan kepada TV LED di ruang tamu, menggunakan tetikus serta papan kekunci adalah sukar. Kami terpaksa membeli meja riba (lap board) bagi memudahkan penggunaan tetikus ketika di ruang tamu. Terdapat pelbagai meja riba di pasaran seperti Hover X yang kami paparkan beberapa minggu yang lalu.  Tetapi Razer mempunyai jalan penyelesaian yang lebih elegan untuk masalah ini.

Razer Turret ialah set papan kekunci dan tetikus tanpa wayar. Papan kekunci ini mempunyai pelapik tetikus terbina yang boleh dilipat. Kini keseluruhan papan kekunci dan pelapik berubah menjadi meja riba. Pelapik tetikus Turret dilengkapi magnet dan ini memastikan tetikus tidak akan terjatuh apabila diletakkan di atasnya. Tetikus dengan kepekaan 3500 DPI disertakan Apabila tidak digunakan Turret boleh disimpan di dalam dok pengecasnya sendiri.

Penyelesaian kepada masalah gamer yang kami rasakan sangat menarik. Turret akan memasuki pasaran pada suku kedua 2015 dengan harga $130 setiap set.

Razer-Turret-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd