Cari @ Amanz

Shabery CheekDengan perkembangan arena internet, secara tidak langsung, salah guna di arena siber juga turut meningkat dari hari ke hari. Dalam usaha mengatasinya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini dalam proses untuk meminda dua akta dibawah kementerian tersebut.

Dua akta yang terlibat dalam pemindaan ini adalah “Akta Komunikasi dan Media 1998” serta “Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998”. Pemindahan ini akan dilakukan sebagai salah satu langkah untuk menangani jenayah siber secara holistik dan mapan.

Pindaan akta ini juga bakal mengambil kira kepentingan orang awam dan hak kebebasan bersuara bagi menjaga keamanan dalam negara. Kementerian juga dilihat ingin mengatasi pelbagai masalah dalam arena internet, termasuk pembulian siber, serta masalah penipuan perbankan.

Pindaan akta ini akan dibentangkan sekitar bulan Oktober kelak, dan akan melalui beberapa proses sebelum ia menjadi undang-undang di dalam negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd