Lumia 430 Dengan Sokongan Dwi-SIM Diperkenalkan – Peranti Windows Phone Paling Murah Buat Masa Ini

Lumia 430 Dengan Sokongan Dwi-SIM Diperkenalkan – Peranti Windows Phone Paling Murah Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Mac 19, 2015 oleh .

Microsoft dalam usaha untuk menambah pengguna dari negara-negara membangun telah mula lebih memfokuskan kepada pengeluaran peranti Lumia pada harga rendah. Lanjutan daripada pengenalan Lumia 435 pada awal tahun ini, hari ini Microsoft telah memperkenalkan Lumia 430.

Lumia 430

Lumia 430 hadir dengan Windows Phone 8.1 bersama-sama kemaskini Lumia Denim yang terbaru. Microsoft mengatakan peranti ini boleh dikemaskini kepada Windows 10 kelak apabila ia dilancarkan – tetapi mungkin sesetengah fungsi tidak dapat digunakan sepenuhnya pada peranti ini.

Dari segi spesifikasi, Lumia 430 hadir dengan skrin bersaiz 4-inci dengan resolusi 800×480 pixel, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 200 1.2Ghz, kamera belakang 2-megapixel, kamera hadapan 0.3-megapixel VGA, serta bateri berkapasiti 1500mAh.

Lumia 430

Seperti biasa, sokongan Skype dan Microsoft Office hadir terbina, selain ruangan percuma di OneDrive untuk storan awan. Peranti ini hadir dengan memori 1GB RAM, ruangan storan sebesar 8GB dan boleh diluaskan sehingga 128GB menggunakan kad-SD.

Microsoft akan memasarkan ia dalam pilihan warna jingga dan hitam di beberapa negara membangun pada harga sekitar USD$ 70 (~RM260).

Lumia 430


TIPS & ULASAN