Cari @ Amanz

Telegram Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan yang sering menambah pelbagai fungsi-fungsi menarik pada perkhidmatan mereka. Terkini, Telegram telah pun menawarkan kemaskini kepada aplikasi mereka, menambah sokongan untuk “Mentions” dan juga “Hashtag”.

Melalui sokongan dinamakan “Mentions”, ia amat berguna ketika anda sembang berkumpulan, dan seseorang boleh menyebut nama anda, dan anda akan menerima notifikasi khusus – serta pada masa yang sama memudahkan anda tidak terlepas sebarang mesej yang ditujukan kepada anda.

Telegram Mention

Disamping itu, fungsi “Reply” turut ditambah pada permesejan berkumpulan. Melaluinya, anda hanya perlu tap pada sesuatu mesej, dan memilih untuk “Reply”. Mesej anda akan dibalas dan ditambah dengan “quote” mesej asal – sekaligus memudahkan lagi seseorang untuk merujuk kepada perbualan asal.

Akhir sekali, satu lagi fungsi baru yang ditambah adalah “Hashtag”. Menggunakannya, pengguna boleh menambah hashtag dengan awalan # pada sesuatu mesej, dan tap padanya untuk merujuk semula pelbagai mesej yang menggunakan hashtag tersebut dalam perbualan anda.

Bagi menggunakan fungsi baru ini, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi anda, dan mula menggunakannya dalam perbualan harian anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd