Cari @ Amanz

Vactor-Liuna-Meridian

Purata hayat jam tangan pintar di pasaran sekarang ialah sekitar 18 jam. Hanya Pebble sahaja setahu kami yang tidak perlu dicas setiap hari. Jangka hayat bateri yang pendek ini adalah antara sebab mengapa jam tangan pintar masih belum diterima oleh pengguna berbanding peranti pintar. Tetapi di pameran jam tangan Baselworld, sebuah pengeluar mendakwa mereka berjaya menghasilkan jam tangan pintar dengan bateri yang bertahan selama 30 hari.

Luna dan Meridian ialah dua jam tangan yang diperlihatkan oleh Vector. Luna mempunyai muka berbentuk bulat manakala Meridian mempunyai muka berkotak. Kedua-dua jam menggunakan skrin LCD monokrom bagi mengurangkan penggunaan bateri. Tidak seperti jam tangan pintar lain, kedua-dua peranti ini tidak mempunyai skrin sesentuh. Fungsi jam diakses melalui tiga butang fizikal pada sisi peranti.

Fungsi asas memaparkan notifikasi telefon, pedometer dan pengiraan kalori disertakan. Muka jam berbeza juga turut boleh dimuat turun. Luna dan Meridian menyokong tambatan kepada sistem operasi IOS, Android dan Windows Phone. Vector bakal menjual Luna pada harga $349 manakala Meridian pula pada harga $199 seutas.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd