Carian
Atari Hadir Dengan Aplikasi Memfokuskan Kecergasan – Atari Fit
March 20, 2015 Aman

Dengan perkembangan dunia teknologi dan peranti mudah-alih, salah satu industri yang turut berkembang secara positif adalah arena kecergasan. Beberapa aplikasi kecergasan telah pun telah tersedia di pasaran, dan terkini, Atari yang popular di dunia permainan turut hadir dengan sebuah aplikasi baru memfokuskan kecergasan, dinamakan Atari Fit.

Atari Fit

Melalui aplikasi Atari Fit, ia menyertakan beberapa elemen berbentuk permainan dalam menjadikan setiap latihan yang dilakukan anda lebih menarik. Pengguna juga turut boleh memilih bentuk latihan yang mereka hendaki – dan beberapa langkah untuk mencapainya dipaparkan pada aplikasi berkenaan termasuk dengan gambar dalam memberikan gambaran yang baik.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna iPhone dan juga Android. Seperti beberapa aplikasi, Atari turut mengintegraikan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Bagi anda yang menggunakan beberapa peranti kecergasan, ia juga turut boleh digunakan bersama, selain turut menyokong Google Fit.

Komen