HTC : Cher Wang, Pengerusi HTC Kini Menjadi CEO Menggantikan Peter Chou
HTC

HTC : Cher Wang, Pengerusi HTC Kini Menjadi CEO Menggantikan Peter Chou

Diterbitkan pada Mac 20, 2015 oleh .

HTC hari ini membuat perubahan pada pengurusan syarikat, dimana CEO sedia ada, Peter Chou akan digantikan, dan pengerusi HTC, iaitu Cher Wang akan menjadi CEO syarikat pengeluar peranti mudah-alih dari Taiwan berkenaan.

Walaubagaimanapun, Peter Chou tidak akan meninggalkan syarikat berkenaan, sebaliknya akan menjadi ketua di HTC Future Development Lab.

HTC pada tahun ini melakukan beberapa perubahan penawaran dari segi produk dan perkhidmatan. HTC pada tahun lepas telah hadir dengan Re Camera, dan pada tahun ini hadir dengan gelang tangan HTC Grip, selain turut mengumumkan kerjasama dengan Valve untuk peranti boleh-pakai HTC VIVE.

HTC juga dijangka akan hadir dengan satu lagi kategori baru untuk produk pada tahun ini yang memfokuskan lebih kepada rumah pintar.


TIPS & ULASAN