Cari @ Amanz

Meizu pada minggu ini telah memulakan jualan Meizu M1 Note di Malaysia, dan pada peringkat awal, versi 16GB sahaja ditawarkan pada harga RM699. Kini, selain versi 16GB, mereka juga telah menyenaraikan versi 32GB, dan boleh di pra-tempah bermula hari ini.

Meizu M1 Note

Meizu M1 Note SIM

Meizu M1 Note merupakan peranti dibawah keluarga phablet daripada pengeluar China berkenaan, dan pada masa yang sama turut hadir dengan sokongan dwi-SIM. Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip MediaTek MTK6752 64-bit, dilengkapi memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Telefon ini turut dilengkapi dengan sokongan LTE padanya.

Untuk versi 32GB, pihak Meizu Malaysia telah mula mengambil pra-tempahan, dan akan mula menghantar kepada pengguna bermula 30 Mac kelak. Untuk versi 32GB, Meizu mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM150, dimana ia dijual pada harga RM849.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd