Pembangun Subway Surfer Hadir Dengan Permainan Baru – Stormblades

Pembangun Subway Surfer Hadir Dengan Permainan Baru – Stormblades

Diterbitkan pada Mac 20, 2015 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna peranti mudah-alih, mungkin anda mengenali akan salah satu permainan bercorak larian dinamakan sebagai Subway Surfer. Terkini, pembangun disebaliknya, iaitu Kiloo telah pun menerbitkan satu lagi permainan baru daripada mereka, dinamakan sebagai Stormblades.

Stormblades

Melalui permainan Stormblades ini, ia membawakan gabungan corak permainan berbentuk larian, tetapi pada masa yang ama turut menyertakan integrasi aksi berlawan pedang. Seperti beberapa permainan Kiloo yang lain, Stormblades turut hadir dengan grafik yang cantik untuk permainan pada peranti mudah-alih.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Android atau iPhone, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma hari ini.

Muat-Turun Stormblades untuk Android

Muat-Turun Stormblades untuk iPhone


TIPS & ULASAN