Aplikasi Kemahkotaan Sultan Johor Diterbitkan Untuk Android Dan iPhone

Aplikasi Kemahkotaan Sultan Johor Diterbitkan Untuk Android Dan iPhone

Diterbitkan pada Mac 20, 2015 oleh .

Sultan JohorIstiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor bakal diadakan pada 23 Mac kelak, dan bersempena dengannya, hari ini aplikasi khusus untuknya telah dilancarkan untuk para pengguna peranti Android dan juga iPhone.

Melalui aplikasi percuma ini, pengguna boleh mengikuti perkembangan Istiadat Kemahkotaan Johor secara langsung pada peranti pintar mereka, selain turut boleh mengikuti pelbagai pengumuman mahupun mengikuti jadual berkaitan dengannya terus menggunakannya.

Ini mungkin salah satu usaha yang baik dalam menyampaikan berita dengan lebih pantas kepada rakyat, namun salah satu perkara yang mengecewakan kami adalah saiz aplikasi berkenaan – mencapai sehingga hampir 50MB, selain pembangunnya dilihat malas mengemaskini paparan skrin aplikasi berkenaan pada Google Play Store, dan menggunakan paparan skrin iPhone serta iPad pada penyenaraian versi Android.

Apa pun, bagi anda yang ingin mencubanya sendiri, boleh memuat-turun ia secara terus daripada Google Play Store atau AppStore hari ini.

Muat-Turun Coronation HRH Sultan Ibrahim untuk Android

Muat-Turun Coronation HRH Sultan Ibrahim untuk iPhone


TIPS & ULASAN