(Ura-Ura) Hideo Kojima Bakal Meninggalkan Konami Selepas MGS V: The Phantom Pain Diterbitkan

(Ura-Ura) Hideo Kojima Bakal Meninggalkan Konami Selepas MGS V: The Phantom Pain Diterbitkan

Diterbitkan pada Mac 21, 2015 oleh .

Pada bulan Januari yang lepas baru sahaja kita mendapat tahu berita berkenaan tarikh Metal Gear Solid V: The Phantom Pain bakal menemui pemain di Asia pada 2 September tahun ini. Namun pada hari ini, Hideo Kojima dikatakan bakal meninggalkan Konami selepas permainan ini dilancarkan.

Melalui kenyataan rasmi Konami, Hideo Kojima akan terus berkhidmat untuk projek MGS V: The Phantom Pain dan Konami telahpun mempunyai perancangan untuk membangunkan projek ‘Metal Gear’ yang terbaru. Namun mereka juga turut menyatakan yang mereka sedang mencari pasukan utama untuk mengendalikan projek tersebut, sekaligus memberikan petanda Hideo Kojima tidak akan terlibat untuk siri Metal Gear akan datang.

Hideo Kojima pernah menyatakan MGS V ini merupakan permainan terakhir dalam siri Metal Gear Saga. Mungkin ia akan menjadi yang terakhir buatnya, dan disambung oleh Konami selepas ini. Apapun banyak lagi permainan yang terdapat dalam perancangan beliau. Permainan seram P.T yang dikatakan merupakan satu bentuk teaser untuk permainan Silent Hill, mungkin akan dihasilkan beliau malahan tidak mustahil juga sekiranya siri permainan Zone of The Enders disambung semula.

Jadi yang mana satu anda rasa permainan yang akan dibangunkan oleh Hideo Kojima terlebih dahulu? Silent Hills atau Zone of The Enders?


TIPS & ULASAN