Cari @ Amanz

GOW-3-remasteredJumlah permainan untuk konsol generasi terkini seperti PlayStation 4 masih lagi terhad. Oleh itu ramai pengeluar permainan menghasilkan edisi remastered untuk pemilik yang mungkin terlepas pandang permainan buatan mereka pada konsol generasi sebelumnya. Last of Us Remastered, Residen Evil HD dan Tomb Raider Definitive Edition adalah tiga edisi buatan semula dengan grafik beresolusi tinggi yang ada di pasaran.

Sempena ulang tahun ke-10 God of War, Sony mengumumkan God or War III Remastered untuk PlayStation 4. Versi ini menyokong grafik 1080P dengan 60 frame sesaat. Ia juga menyokong Photo Mode bagi membolehkan anda berkongsi gambar permainan di media sosial. GoW III masih lagi antara permainan terbaik untuk konsol yang pernah kami main. Grafik yang cantik serta aksi ganas melampau. Sedikit mengecewakan ialah Sony tidak mengumumkan versi buatan semula untuk kesemua 7 permainan di dalam siri GoW untuk PS4. Permainan ini akan mula dijual pada 14 Julai ini pada harga $39.99.

\

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd