Bilal Robot : Robot Mengajar Anak-Anak Bersolat Dengan Betul

Bilal Robot : Robot Mengajar Anak-Anak Bersolat Dengan Betul

Diterbitkan pada Mac 21, 2015 oleh .

53f48ad3e2fd086de40d1cccf79ca2d5_original

Solat ialah tiang agama dan solat yang sempurna menjadi iman yang kukuh. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengajar kanak-kanak bersolat. Semasa kecil dahulu bapa kami akan membawa kami ke masjid dan ikut bersolat jemaah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi menanamkan minat bersolat di sanubari anak-anak mereka. Tetapi sekiranya ada tidak mempunyai banyak masa terluang untuk mengajar, anda mungkin boleh menggunakan Bilal Robot.

Bilal Robot ialah robot yang bukan sahaja mengajar anak-anak cara bersolat dengan betul, ia juga mengajar anak-anak bacaan solat yang betul.  Selain daripada itu ia juga mempunyai fungsi mengajar anak-anak asas bahasa Arab dan matematik. Ilmu dunia tidak dilupakan nampaknya.

Robot mengajar ini masih mengumpul dana bagi penghasilan pada skala besar-besaran di Kickstarter. Setiap Bilal Robot dijual pada harga permulaan $99.99. Mereka memerlukan $560 000 bagi menjadikan projek ini realiti. Dunia kini mempunyai robot yang mampu memadamkan api di atas kapal perang dan patung Barbie interaktif. Kini masanya telah tiba untuk robot yang mengajar anak-anak Muslim bersolat.


TIPS & ULASAN