TouchWiz Pada Galaxy S6 Membolehkan Anda Nyah-Aktifkan Sejumlah Aplikasi Yang Hadir Terpasang

TouchWiz Pada Galaxy S6 Membolehkan Anda Nyah-Aktifkan Sejumlah Aplikasi Yang Hadir Terpasang

Diterbitkan pada Mac 22, 2015 oleh .

Samsung pada Galaxy S6 telah membawakan perubahan besar pada TouchWiz, dimana aplikasi terbina yang hadir terpasang adalah amat minima dan lebih memfokuskan kepada aplikasi yang aktif digunakan oleh pengguna sahaja.

Menariknya, bukan itu sahaja, malah Samsung juga turut memberikan kelebihan kepada pengguna untuk nyah-aktifkan atau nyah-pasang aplikasi yang hadir terpasang pada peranti mereka.

TouchWiz

Melalui perkongsian pengguna, ia dilihat pada TouchWiz yang digunakan pada peranti baru mereka membolehkan anda turut nyah-aktifkan pelbagai aplikasi Google seperti Play Movies, Play Music, Play Books dan sebagainya, selain S-Health, S-Voice dan juga aplikasi Microsoft yang disertakan.

Perkara ini semestinya diminati ramai yang tidak gemarkan pelbagai aplikasi memenuhi skrin utama peranti mereka, dan menjadikan peranti berkenaan mengurangkan memori yang lebih sedikit – selain memastikan penawaran bateri lebih lama dan menjadikan telefon berjalan lancar.


TIPS & ULASAN