Snow Roll – Lagi Permainan Yang Menyakitkan Hati Berbentuk 8-bit

Snow Roll – Lagi Permainan Yang Menyakitkan Hati Berbentuk 8-bit

Diterbitkan pada Mac 23, 2015 oleh .

Sejak hadirnya Flappy Bird, pelbagai permainan menarik yang lain telah hadir dengan bentuk permainan yang ringkas dan mudah dimainkan semula – dan pada masa yang sama membawakan elemen permainan yang sukar dan menyakitkan hati.

Snow RollTerkini, salah satu permainan baru yang diterbitkan adalah Snow Roll – dan terhad untuk iPhone sahaja buat masa ini.

Snow Roll membawakan bentuk permainan yang memerlukan anda mengawal seekor penguin ke kiri dan ke kanan, serta mengelak daripada pelbagai halangan yang tersedia dihadapannya. Seperti biasa, pengguna perlu memainkan ia untuk masa dan jarak yang jauh untuk mendapat markah tinggi.

Menambah kesukaran permainan ini adalah apabila anda tewas pada tahap sebelumnya, bola ais anda akan tertinggal – dan anda turut perlu mengelaknya ketika melalui jarak yang sama ketika memainkan semula.

Bagi anda yang inginkan suatu permainan untuk meluangkan masa anda, dan menggunakan peranti iOS, anda boleh memuat-turunnya dan memainkannya secara percuma hari ini.

Muat-Turun Snow Roll untuk iOS


TIPS & ULASAN