GrabCar Menawarkan Bayaran Tetap RM10 Untuk Menuju Atau Balik Dari Pusat Beli-Belah Di Lembah Klang

GrabCar Menawarkan Bayaran Tetap RM10 Untuk Menuju Atau Balik Dari Pusat Beli-Belah Di Lembah Klang

Diterbitkan pada Mac 23, 2015 oleh .

GrabCar merupakan perkhidmatan daripada pihak MyTeksi yang menggunakan kenderaan premium seperti Nissan Teanas dan pelbagai kereta lain – dalam usaha memberikan pengalaman yang menarik serta premium kepada para pelanggan mereka. Terkini, bersempena dengan bulan Mac, pihak GrabCar menyediakan salah satu penawaran menarik kepada pengguna di Lembah Klang.

Melalui promosi untuk bulan Mac ini, pihak GrabCar menawarkan bayaran tetap hanya RM10 untuk menuju atau ketika balik dari pusat beli-belah utama di Lembah Klang.

GrabCar

GrabCar menyokong beberapa pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang untuk promosi ini, termasuk 1 Utama, Bangsar Village, Sunway Pyramid, Mid Valley Boulebard, Suria KLCC dan juga Avenue K.

Ia boleh dikatakan promosi ini agak menarik untuk para pengguna, memandangkan mereka boleh mendapatkan pengalaman menaiki kenderaan premium untuk menuju atau ketika balik dari pusat membeli-belah – apatah lagi pada kadar tetap hanya RM10. Ini membuatkan anda tidak perlu risau akan mengenai jarak perjalanan ataupun masa yang diambil, apatah lagi dengan keadaan jalan raya yang sesak pada sesuatu masa di Lembah Klang.

Untuk menikmatinya, pengguna hanya perlu menggunakan aplikasi MyTeksi, dan kemudian memilih pilihan GrabCar.

GrabCar

Muat-Turun MyTeksi untuk Android

Muat-Turun MyTeksi untuk iOS

Muat-Turun MyTeksi untuk BlackBerry

Seterusnya memilih lokasi yang dituju (sama ada ke pusat membeli-belah berkenaan, ataupun ketika balik dari pusat membeli-belah ke rumah anda). Anda akan mendapat pengesahan mengenai maklumat pemandu dan selepas pengesahan, anda akan menerima mesej mengenai sama ada anda berjaya mendapat promosi berkenaan ataupun sebaliknya.

Promosi GrabCar ini disediakan oleh mereka sehingga 31 Mac 2015 ini, dan mungkin anda boleh menggunakannya hari ini serta menjimatkan lagi kos perjalanan anda.

Info dan Terma : GrabCar

Advertorial daripada GrabCar, MyTeksi


TIPS & ULASAN