Lumia 532 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Berharga RM379

Lumia 532 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Berharga RM379

Diterbitkan pada Mac 23, 2015 oleh .

Microsoft telah memperkenalkan Lumia 532 secara rasmi pada bulan Januari yang lepas, dan hari ini, Microsoft Malaysia secara rasminya mengumumkan penawaran peranti berkenaan di pasaran tempatan. Di Malaysia, Lumia 532 ditawarkan pada harga RM379.

Lumia 532 hadir dengan skrin bersaiz 4-inci WVGA, cip pemprosesan Snapdragon 200 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan VGA, memori sebanyak 1GB RAM, dan ruangan storan terbina 8GB.

Lumia 532

Lumia 532 merupakan peranti mampu-milik menggunakan sistem operasi Windows Phone, dan hadir dengan sokongan dwi-SIM. Microsoft turut melengkapkan pelnagai penawaran tambahan untuk peranti Windows Phone ini, termasuk ruangan storan percuma melalui OneDrive, aplikasi Office, dan juga Skype.

Microsoft Malaysia akan menawarkan Lumia 532 di Malaysia bermula 27 Mac ini, dan hadir dalam pilihan warna hijau, jingga, putih dan juga hitam. Microsoft turut bekerjasama dengan AirAsia untuk pelancaran peranti ini, dimana untuk tempoh terhad (sehingga 30 April), pengguna akan menerima AirAsia Big Points sebanyak 5000 mata dan boleh digunakan untuk mendapatkan tiket pulang dari Singapura, Krabi dan sebagainya secara percuma.


TIPS & ULASAN