Maxis Akan Menawarkan Galaxy S6 Dan S6 Edge Melalui Kedai Dalam-Talian Pada 3 April

Maxis Akan Menawarkan Galaxy S6 Dan S6 Edge Melalui Kedai Dalam-Talian Pada 3 April

Diterbitkan pada Mac 23, 2015 oleh .

Lanjutan daripada jemputan pihak Samsung Malaysia, kini Maxis melalui halaman Facebook mereka mengumumkan Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge akan ditawarkan melalui kedai online mereka bermula 3 April kelak.

Maxis Galaxy S6

Harga jualan seperti biasa tidak diumumkan, tetapi Maxis mengatakan mereka akan memberikan lebih kurang 1000 pembeli pertama dengan pengecas tanpa-wayar, selain turut hadir dengan pelindung skrin – dimana kedua-duanya bernilai sehingga RM280.

Maxis turut mengatakan warna hijau untuk Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge akan eksklusif untuk rangkaian mereka sahaja.


TIPS & ULASAN