Teen Driver : Mod Mengawal Pemanduan Remaja Pada Kenderaan GM

Teen Driver : Mod Mengawal Pemanduan Remaja Pada Kenderaan GM

Diterbitkan pada Mac 24, 2015 oleh .

Kereta semakin pintar dan dalam masa terdekat kereta yang dipandu dengan sendiri akan menjadi realiti, Buat masa ini tahap kepintaran kereta terhad kepada pemilihan mod kereta. Ada kenderaan yang dilengkapi mod berlumba yang menaikkan kemampuan kenderaan memecut apabila diperlukan. Di General Motors mereka melakukan sebaliknya dengan pengenalan mod Teen Driver. Mod ini membolehkan ibu bapa mengawal kelajuan maksimum kenderaan apabila dipandu oleh anak-anak mereka. Mereka juga boleh mengawal tahap bunyi radio kenderaan ketika dipandu. Kesemua aspek pemanduan anak mereka boleh dipantau secara langsung. Kelajuan panduan, jarak pemanduan serta pengesan pelanggaran direkodkan sepanjang penggunaan di bawah Teen Driver.

Pendek kata zaman remaja meminjam kereta ibu bapa dan kemudian memandu dengan tidak bertanggung jawab akan berakhir. Ibu bapa pastinya lebih tenang kerana kemampuan kereta dikurangkan ketika anak memandu. Mod Teen Driver akan mula digunakan pada Chevrolet Malibu 2016. Inovasi keselamatan ini harus diikuti oleh pengeluar kenderaan tempatan.

Teen-Driver


TIPS & ULASAN