Cari @ Amanz

Anda Kini Boleh Menginap Di Litar Sepang Bersama AirBnB

Link Copied!

Airbnb-1Perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang akan berlangsung hujung minggu ini. Kepada peminat suka bermotor, sukan F1 ialah acara paling berprestij dan menampilkan pemandu terhandal di dunia. Tahun ini ialah edisi ke -17 ianya diadakan di Sepang dan Airbnb memberikan anda peluang untuk menginap di litar ini sepanjang minggu perlumbaan. Sebuah apartmen sementara dibuka di litar ini dari 27 sehingga 29 Mac. Selain dapat menginap di dalam litar, anda dan empat orang teman juga boleh menonton perlumbaan terus dari apartmen. Anda turut menerima pas lorong pit sebelum perlumbaan dan lawatan peribadi mengelilingi litar pada waktu malam.

Malang sekali tarikh tutup untuk memenangi pakej sekali seumur hidup ini adalah dua hari yang lalu. Tawaran tinggal di litar sepang sealam tiga hari ini adalah sebahagian dari siri publisiti yang dilakukan Airbnb untuk mempopularkan jenama mereka. Sebelum ini mereka mengubah sebuah kereta kabel menjadi hotel tergantung di Switzerland.

Airbnb-2

 


Komen ()