Asus Melancarkan Transformer Book Chi – Komputer Dua-Dalam-Satu Terbaru Asus Berasaskan Intel Core M

Asus Melancarkan Transformer Book Chi – Komputer Dua-Dalam-Satu Terbaru Asus Berasaskan Intel Core M

Diterbitkan pada Mac 24, 2015 oleh .

Asus merupakan salah satu jenama terkemuka dalam arena peranti dua-dalam-satu. Berkongsi mengenainya, Asus mengatakan mereka merupakan jenama nombor satu seluruh dunia dalam pasaran tersebut, membolehkan para pengguna menikmati dua bentuk penggunaan menggunakan hanya satu peranti.

Bercakap mengenai peranti dua-dalam-satu, Asus hari ini telah melancarkan peranti terbaru mereka, iaitu Asus Transformer Book Chi. “Chi” merupakan salah satu perkataan berbahasa Cina yang memberikan maksud berkuasa – dan perkara tersebut diimplementasikan pada komputer riba berkenaan.

Asus Transformer Book Chi membawakan rekaan yang amat nipis – lebih nipis berbanding dengan Macbook Air. Malah, Asus turut mengatakan Chi merupakan kompter riba paling nipis berasaskan Windows di pasaran.

Asus Transformer Book Chi

Asus Transformer Book Chi

Asus Transformer Book Chi

Asus Transformer Book Chi

Asus Transformer Book Chi dijana menggunakan cip Intel Core M, dan menawarkan masa penggunaan sehingga 8 jam lamanya.

Walaupun bersaiz kompak, Asus Transformer Book Chi membawakan papan kekunci yang boleh ditanggalkan dengan kekunci penuh padanya.

Asus Transformer Book Chi dilengkapi dengan skrin yang lebih terang berasaskan IPS, dan hadir dengan resolusi HD penuh – selain turut ditawarkan dengan pilihan berasaskan paparan 4K.

Asus Transformer Book Chi

Asus Transformer Book Chi

Asus Transformer Book Chi

Untuk audio pula, Asus menggunakan teknologi SonicMaster untuk menawarkan kualiti audio stereo menggunakan komputer riba dua-dalam-satu ini.

Dua variasi Asus Transformer Book Chi ditawarkan, iaitu T300 dengan spesifikasi tinggi, selain T100 dengan spesifikasi pertengahan.

Asus Transformer Book T300 Chi dijual pada harga RM3199, sementara harga untuk T100 dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Asus Transformer Book Chi

Asus Transformer Book Chi

Asus Transformer Book Chi


TIPS & ULASAN