Asus Zenbook UX305 Dilancarkan Di Malaysia – Lebih Nipis Berbanding Macbook 12-inci

Asus Zenbook UX305 Dilancarkan Di Malaysia – Lebih Nipis Berbanding Macbook 12-inci

Diterbitkan pada Mac 24, 2015 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan Asus Transformer Book Chi, pihak Asus turut memperkenalkan komputer riba terbaru mereka, iaitu Zenbook UX305. Komputer riba terbaru ini hadir dengan rekaan premium dan menurut Asus, ia lebih nipis berbanding dengan komputer riba Apple terbaru yang telah diumumkan baru-baru ini.

Asus Zenbook UX305

Asus Zenbook UX305

Asus Zenbook UX305

Asus Zenbook UX305 hadir dengan cip pemprosesan Intel Core M, dan turut hadir dengan pilihan 128GB SSD atau 256GB SSD, selain pilihan memori 4GB RAM atau 8GB RAM. Untuk ruangan port, berbeza dengan Apple yang hanya mengehadkan kepada satu port sahaja, untuk Zenbook UX305, Asus melengkapkan komputer riba ini dengan tiga ruangan USB 3.0.

Asus Zenbook UX305

Asus Zenbook UX305

Asus Zenbook UX305

Dari segi penawaran bateri, Asus mengatakan Zenbook UX305 menawarkan penggunaan bateri sehingga 10 jam lamanya untuk melayari web, sementara sehingga 8 jam lamanya ketika menikmati filem atau audio. Asus turut mengatakan prestasi yang ditawarkan komputer riba ini lebih baik berbanding sejumlah komputer riba lain di pasaran hari ini.

Di Malaysia, komputer riba ini akan ditawarkan pada harga RM2399. Selain komputer riba ini, Asus turut akan hadir dengan Zenbook Pro UX501 dilengkapi kad grafik berkuasa dan paparan qHD pada bulan Mei kelak. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Asus Zenbook UX305

Asus Zenbook UX305

Asus Zenbook UX305


TIPS & ULASAN